SEKAPUR SIREH

SEKAPUR SIREH

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Menyayangi.

Selawat dan salam ke atas Nabi Junjungan kita, Muhammad saw, keluarga dan sahabat-sahabatnya

Dengan rasa penuh syukur kepadaNya dapatlah disiapkan sedikit paparan tentang Kampung ini..

Kampung Parit 13 Sungai Nipah telah wujud sekian lama, tidak diketahui secara tepat akan tarikh pembukaannya dan siapakah orang yang pertama menerokanya. Tetapi yang pasti ia telah didiami sebelum perang dunia kedua lagi.

Kaum-kaum yang terdiri dari berbagai bahasa dan etnik, Jawa, Banjar, Minang, Kampar dan Melayu hidup dalam suasana kampong yang harmoni dan saling hormat-menghormati. Setakat ini tiada orang Cina dan India atau lain dari bangsa Melayu tinggal di kampung ini.

Penduduk kampung ini mempunyai latar belakang yang berbagai, samada dari akedemik dan sosial. Terdapat kakitangan kerajaan, pasukan keselamatan, petani, peniaga dan berbagai lagi. Beberapa individu adalah antara yang dihormati seperti Ustas Mohd Fadzin, pemimpin masyarakat setempat yang juga Pengarah Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Sungai Besar.

Ucapan setinggi terima kasih kepada semua yang terlibat dalam usaha secara langsung atau tidak langsung yang telah memberikan kerjasama yang amat baik dalam menyempurnakan paparan kampong ini.

Besarlah harapan kami agar buku profil ini dapat memberikan sedikit gambaran tentang kampong Parit 13 ini. Segala kelemahan dalam persembahan dan susunan buku ini kami mohon maaf. Kami juga mohon teguran yang membina agar dapat diperbaiki lagi paparan ini.





SEPINTAS LALU TENTANG RINGKASAN SEJARAH DAN ASAL USUL NAMA KAMPUNG



Kampung ini bernama Kampung Parit 13 Sungai Nipah.

Kampung ini telah dibuka oleh pendatang kebanyakkannya daripada Perak yang terdiri dari kaum Jawa dari Kawsan Bagan Datoh dan Sg. Air Tawar dan Kaum Banjar yang kebanyakkannya dari Kawasan Sungai Manik dan Bagan Serai.

Mereka datang beramai ramai membuka tanah baru untuk pertanian. Menurut cerita orang tua-tua atau penduduk yang terawal di sini, antaranya Tuan Haji Hamdan bin Bakri (Allahyarham), Tuan Haji Abas bin Omar, bahawa kependudukan awal adalah ditanah lesen, dimana penduduk membina kediaman, bertanam kelapa dan tanaman kontan lain untuk sara hidup. Kemudian mereka membuka sawah untuk tanaman padi sebagai sumber makanan ruji. Bilamana tempat ini sesuai untuk penanaman padi, maka ramai kaum Banjar dari Perak datang membuka sawah ladang. Oleh itu kebanyakkan kaum Banjar di kampong ini tinggal dikawasan sawah manakala kaum Jawa kebanyakannya tinggal dikebun kelapa

Kampung Parit 13 ini adalah kesinambungan dari sistem perparitan yang telah dibina untuk pengairan sawah padi Barat Laut Selangor yang bermula dari Parit Satu Sungai Sireh, Tanjung Karang. Ia menganjur kearah Sabak Bernam sehinggalah terdapat 15 buah parit yang telah dibina. Kampung ini terletak di parit yang ke 13, dimana nama ini terus digunakan.

Sementara nama Sungai Nipah pula adalah diambil sempena kepada sebatang anak sungai yang satu masa dahulu ditebing sungai tersebut dipenuhi oleh tumbuhan nipah, sejenis tumbuhan paya yang daunnya boleh dibuat atap Anak sungai ini digunakan sebagai tempat mendarat oleh penduduk asal kampung ini. Jadi mereka menamakan Sungai Nipah, bermakna sungai yang dipenuhi oleh pokok atau tumbuhan yang bernama nipah

Ucapan setinggi terima kasih kepada semua yang terlibat dalam usaha secara langsung atau tidak langsung yang telah memberikan kerjasama yang amat baik dalam menyempurnakan paparan kampong ini.

Besarlah harapan kami agar buku profil ini dapat memberikan sedikit gambaran tentang kampong Parit 13 ini. Segala kelemahan dalam persembahan dan susunan buku ini kami mohon maaf. Kami juga mohon teguran yang membina agar dapat diperbaiki lagi persembahan ini.







LOGO KAMPUNG





PENGERTIAN LOGO


1. Bulatan menunjukkan bumi, tanah tempat tinggal

2. Bulatan juga adalah perpaduan dan kesatuan fikrah serta matlamat.

3. Warna hijau menunjukkan pertanian atau tanaman sebagai aset kampung

4. Anak panah ke atas merupakan penduduk kampung mahukan pembangunan dan peningkatan kualiti hidup, pendidikan, teknologi dan sebagainya

5. Warna merah kuning adalah warna Negeri Selangor Darul Ehsan

6. Di atas sekali adalah Al Quran, sebagai rujukan atau hukum tertinggi. Walau apa bentuk kemajuan dan seumpamanya, mestilah berpandukan Al Quran




KAMPUNG PARIT 13, SG NIPAH


VISI

BERILMU, BERIMAN DAN BERAMAL.


MISI

MENGURUS SECARA HIKMAH, AMANAH DAN BERKEBAJIKAN

MOTO

MEMBANGUN BERSAMA ISLAM




OBJEKTIF


Merancang ,melaksana, memberikan perkhidmatan yang terbaik, cekap dan berkesan serta memperkukuhkan dan mempertahankan aqidah dan syariah kepada semua ahli kariah serta memacu masyarakat ke arah perpaduan dan pembangunan selaras dengan Islam




PAPAN TANDA KAMPUNG




ATAUPUN




Lokasi Kampung Di Negeri Selangor








ANTARA AKTIVITI KAMI



ziarah sakit



ziarah uzur



ziarah miskin



juara takbir remaja



sukaneka kanak-kanak




sukaneka muslimat



smart ibadat remaja



pertandingan memancing



korban



korban



Sambutan Hari Ibu




gotong royong



bermain boling

Organisasi JKKK



ORGANISASI JKKK KG PARIT 13,

SG NIPAH, MUKIM PANCANG BEDENA,

DAERAH SABAK BERNAM

NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN



Pengerusi

Hj Mohd Sabri Awang


Setiausaha

Hj Mohd Ali bin Ahmad




Bendahari

En. Abdul Sani bin Kabri




AJK

En. Rusani b. Saai




AJK

Hj Ishak bin Wardi



AJK

Hj Mohd Azmi bin Ishak



AJK

Hj Kassim bin Basri






AJK

Hj Tumiran bin Jaiz.


AJK

En. Asshaari b. Mohd Yusof




AJK

Hj Abd Samad bin Md Ali



AJK

Hj Lahuri bin Arbain



AJK

En. Mohamad b. Abdul Kadir

r




AJK

En. Mohd Najib b. Adnan




AJK

Pn Masitah bt Mohd Yasin



AJK

Pn Nafizah bin Mohd Yusof